Mengapa sekarang Perkhidmatan Perunding Perkahwinan begitu relevan? Sedangkan amalam gotong royong sudah menjadi amalan datuk nenek kita. Adakah kita sekarang sudah tiada kesepakatan? Ataupon talian kejiranan dan persahabatan semakin renggang? Jika kita rungkai permasalahan ini, kesemuanya menjurus kepada perubahan zaman. Perubahan dalam apa juga situasi selari dengan perubahan zaman.
Semakin lama semakin banyak taman perumahan muncul baik di bandar - bandar besar mahupun di pinggir bandar. Siapa yang menghuni taman - taman perumahan itu? Pastinya mereka bukannya datang dari satu kawasan yang sama. Dan mereka semuanya berpindah ke taman perumhan itu disebabkan rezeki mereka di kawasan itu. Jadi, masing - masing berkejaran untuk mencari rezeki dan rumah hanyalah sebagai tempat mereka berehat. Akibatnya masa untuk mengenali jiran mereka jadi terlalu terhad, sehinggakan jiran sebelah rumah pon tak kita kenal. Jadi, aktiviti gotong royong menjadi semakin pudar. Inilah di antara faktor utama Perkhidmatan Perunding Perkahwinan semakin relevan.
Walau bagaimanapon aktiviti Perunding Perkahwinan masih boleh dijalankan oleh Keluarga Pengantin. Mereka boleh mencari satu persatu mereka - mereka yang mengendalikan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan dan diambil perkhidmatan satu persatu seperti Andaman, Katering , Kanopi, Gubahan Hantaran, Bunga Telur dan sebagainya. Dan pastinya setiap perkhidmatan itu dikenakan bayaran yang tertentu, dan Keluarga Pengantin terpaksa berjumpa dengan berbagai orang untuk menjayakannya. Wang dan Masa akan banyak digunakan untuk itu semua.
Dengan adanya Perunding Perkahwinan keluarga pengantin tidak perlu menghabiskan masa dan wang untuk bertemu setiap mereka, hanya cari pengendali Perunding Perkahwinan, dan Perunding Perkahwinan akan buat semuanya.
Pastinya Masa dan Wang dapat dijimatkan..









